Komen Aeril Zafrel Dikecam Netizen Selepas Ustaz Kazim Elias Kongsi Gambar Penyakit Misteri – “Minta Kena Kecam Ke Bro…?”

Pelakon Aeril Zafrel mengundang kemarahan netizen selepas memberi komen tentang keadaan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mengenai penyakit misterinya baru-baru ini.

Melalui ruangan komen tersebut, Aeril telah bertanya kepada pendakwah tersebut sama ada gambar yang dikongsinya itu untuk sebuah penggambaran atau tidak.

“Shooting kan ni ustaz?” komen Aeril.

Susulan komen itu, ramai warganet yang berang dengan tindakan Aeril kerana dikatakan bergurau tidak bertempat.

“Bukan tempat bergurau ni braderrr,” komen seorang netizen

“Ada masa bergurau ada masa serious bro,” tulis seorang pengikut Ustaz Kazim.

“Mintak kena kecam ke bro?” komen seorang warganet.

Namun, ada jugak pihak yang membela pelakon itu kerana dia hanya sekadar bertanya.

“Ustaz memang tengah shooting dengan Mawi.. sebab tu dia tanya..,” tulis seorang pengikutnya.

“Tak salah bertanya? Tapi tengok gambar pos tak mungkin shooting semoga Allah menyembuhkan ustaz,” komen seorang netizen.

Walaubagaimanapun, perkara itu telahpun dijelaskan oleh Ustaz Kazim sejurus isu ini tercetus.

Menurut Ustaz Kazim, dia telah mengalami penyakit misteri ini sejak setahun yang lalu dan masih tidak menemui sebarang rawatan untuk memulihkan penyakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pedih Tak Tertanggung.. Seluruh Badan Luka, Berdarah..” – Ustaz Kazim Elias Dedah Keadaan Terkini Penyakit Misterinya

Fatin Nurain