Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Ahirine Ahirudin Jawab Status Hubungan Dengan Zizan Razak – “Saya Tak Menidakkan…”

Pelakon Ahirine Ahirudin tampil memberitahu status hubungannya bersama pelakon, Zizan Razak yang kelihatan mesra bersama.

Memetik laporan mStar, Ahirine mengakui suka berkawan dengan Zizan kerana kedua-duanya memiliki minat yang sama.

“Dekat TikTok, IG ramai yang suka kami berdua. Saya pun suka chemistry saya dengan Zizan dan benda tu tak boleh nak describe macam mana.

“Saya dengan Zizan memang rapat tapi bukan rapat in a different way tapi hanya kawan rapat. Maybe sebab kami racing sama-sama, dia minat motor juga jadi boleh dikatakan kami besties lah,” ujarnya.

Mengulas tentang jika dirinya berjodohan dengan pelakon filem Polis Evo 3 itu, dia tidak menolak sekiranya mereka berdua berjodoh.

“Masa tu belum sampai lagi. Jadi saya tak nak comment lebih-lebih. Saya tak nak menidakkan atau mengiakan sebab kami tak tahu.

“Tapi sekarang ni saya dengan Zizan memang berkawan,” jelasnya.

Pada masa sama, Ahirine turut berkongsi ciri-ciri karakter lelaki idaman yang dimahukan.

“Ada sense of humor, ikhlas, baik hati dan loyal,” katanya sambil memberitahu mahu fokus kepada karier dalam bidang lakonan terlebih dahulu.

Maya Basir