Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice menyentuh hati ramai selepas menaja seorang remaja bernama Chrisey, 16, bersama jurulatihnya datang ke Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice bukan sahaja menaja penerbangan Chrisye dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, malah turut menyediakan penginapan serta menghadiahkan remaja itu sepersalinan set bermain badminton memandangkan dia sangat berbakat dalam bidang berkenaan.

“Hari tu semua tag caprice suruh sponsor, hari ni kita tunaikan. Insya-Allah adik kita ni bagi tahu ini adalah kali pertama dia sampai ke Kuala Lumpur.

“So, hari ni kita bawak dia jalan-jalan,” katanya.

 

Tidak habis disitu, Caprice juga memberikan satu lagi kejutan buat remaja berkenaan apabila membawakan lagenda sukan badminton negara untuk sama-sama bermain badminton dengannya.

Malah, menerusi rakaman video pendek itu,  Chrisye seolah-olah tidak menyangka ‘kawan profesional’ yang dimaksudkan adalah, Tan Boon Heong.

 

Dalam pada itu, Caprice yang juga digelar sebagai Tiger of Al-Quds ini turut turun padang berjumpa dan bersemuka sendiri dengan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh untuk berbincang mengenai beberapa isu berkaitan atlet dan perjalanan mereka.

“Last surprise sebab ramai dari Sabah beri sokongan kepada adik kita ni, Cap terus contact KBS untuk bangkitkan a few issues regarding atheletes and their journey. Alhamdulillah.

“Thank you Hannah Yeoh untuk masa dan sokongan yang diberikan. Ini adalah Malaysia yang kita mahukan.

“Saya percaya, apabila kita tidak menjadikan agama, warna kulit dan agama sebagai kayu pengukur, kita mampu menjadikan Malaysia ini sebagai satu negara yang lebih baik,” jelasnya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice terharu dan berasa sebak dengan inisiatif yang dilakukannya.

Terdahulu, kisah adik Chrisye mula mendapat perhatian selepas laporan dari sebuah portal hiburan terkenal memaklumkan, remaja ini terpaksa melupakan hasrat untuk bermain badminton dan menyertai acara sukan negeri dek kerana kemiskinan yang ditanggungnya.

Bahkan, dia terpaksa meminjam kasut dan raket milik rakannya semata-mata mahu bermain sukan berkenaan.

Salma Syahbuddin