Kongsi Momen Talita Akil Baligh, Shuib Terima Pelbagai Respons… Ada Yang Sokong, Sesetengah Kritik ‘Terpaling Content’…

Pelawak Shuib tampil menimbulkan rasa kurang senang terhadap sesetengah netizen selepas berkongsi momen anak perempuannya, Dzakira Talita Zahra sudah datang bulan.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib meluahkan rasa terharu dan sebak apabila mendapat tahu satu-satunya puteri kesayangannya itu telah pun menginjak ke alam dewasa.

Malah, Shuib sempat memberikan pesanan kepada anak perempuannya itu supaya menjaga diri dan akhlak yang baik.

Cerita harini 21 March 2024, sebelum berbuka tadi.

“Satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa. Dah jadi anak dara. Harini akan kita kenang smpi bila-bila Talita. Semoga menjadi Wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat.

“Aku je ke bapak yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yang bapak-bapak pon sama akan nangis,” tulisnya.

Kurang senang dengan perkongsian itu, ada sesetengah pengikutnya tidak setuju Shuib mewar-warkan perkara itu kepada umum.

Bahkan, ada juga yang melabelkan pelawak itu sebagai seorang yang ‘terpaling content’ kerana berkongsi segala perihal di media sosial.

Bagaimana pun ada juga peminat yang meluahkan rasa sebak dan memuji tindakan Shuib memanjakan anak perempuannya itu.

Malah, ada juga yang mendoakan agar Talita dapat menjadi wanita yang solehah dan menyenangi ibu bapanya.

Fatin Nurain