Linda Onn Sifatkan Gandingan Tyzo & Shiera Serasi – “Mereka Berdua ‘Ngam’… Itu Mahal”

Bekas penyampai radio popular, Linda Onn menyifatkan gandingan penyampai radio Tyzo dan Shiera sangat serasi apabila ke udara.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Linda mengakui adalah tidak mudah bagi seseorang penyampai radio untuk membina keserasian bersama penyampai lain.

“Beberapa bulan lepas Linda jumpa Tyzo, dia tanya okay tak show dia dengan @shieraijoy . Linda cakap, kalau pendengar suka, okay sangat.

“Bukan senang tau nak bina dan dapat ‘chemistry’ bila bergandingan dengan penyampai lain. Lain penyampai, lain style ke udara.

“Tapi mereka berdua ‘ngam’ (serasi). Itu mahal,” tulis Linda.

Bekas penyampai radio popular Kool FM itu turut berkongsi pengalamannya yang gemar dan selesa ke udara secara solo berbanding mempunyai pasangan penyampai.

“Linda pula..daripada dulu memang on air rancangan petang sorang-sorang sebab memang sejak mula awal dulu dah disuruh on air sorang.. jadi selesa lah sendiri.

“Tidak berdua. Tidak bertiga. LO Solo. Puas. Semua alat dalam studio tu kita control sendiri. Tak perlu rebut rebut.

“Sudah tentu live. Dan ‘caller’ atau pemanggil pula adalah bintang radio sebenarnya. Mereka lah star sebenar. Bukan kami,” kongsinya.

Dalam pada itu, Linda turut menyatakan minatnya terhadap dunia radio masih membara biarpun tidak lagi ke udara.

“Kemana hala tuju… maklumlah, masing-masing dah tak ada radio tapi minat mendalam dengan dunia radio itu perit bila tak dapat keudara.

“Hanya penyampai radio sebenar saja memahami,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh apabila Tyzo yang bergandingan bersama Shiera dalam segmen Suria Petang itu ditamatkan kontrak.

Situasi menjadi lebih hangat apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.

Untuk info, Shiera dan Tyzo bergandingan dalam segmen Suria Petang sejak 2019 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Menang Award Ke, Nama Tengah Gah Pun.. Tak Ada Lah Cecah RM10,000” – Isu Gaji Penyampai Radio, Linda Onn Kongsi Realiti Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Nampak Rara Menyimpan Sesuatu Di Dalam Hati” – Tiada Lagi Gandingan Bersama Tyzo, Netizen Luah Rasa Sedih 

ARTIKEL BERKAITAN: “Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

ARTIKEL BERKAITAN:“Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Sokong Tyzo Xander Sertai Radio Hot FM!

Khairil Khusyairi