Hiburan By: Padin February 13, 2024 @ 3:28pm

Mahu Intai Pasaran Malaysia, ‘Bidadari Hatiku’ Jadi Salam Perkenalan Eddy Sophian

Pendatang baharu asal Singapura, Eddy Sophian meletakkan harapan yang besar menerusi single sulungnya, Bidadari Hatiku agar dapat diterima oleh peminat-peminat di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada Oktober 2023, karya ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar platform penstriman digital.

Penangan lagu tersebut dimainkan di stesen radio Singapura dan Indonesia, Eddy dilamar oleh seorang pengarah untuk berlakon di dalam sebuah drama.

Malah, dia turut mendapat tawaran lagu oleh Sudrajat, komposer di Indonesia yang turut menghasilkan lagu buat penyanyi terkenal Judika.

“Untuk video muzik Bidadari Hatiku, idea dan jalan cerita tersebut datang sepenuhnya dari saya. Malah saya terharu kerana mendapat tajaan dari Dance Studio dan sebuah restoran di Singapura yang sudi melancarkan lagi proses rakaman tersebut.

“Selain itu, saya bersyukur kerana sejak lagu saya dilancarkan, ia turut dimainkan di stesen radio Singapura dan Indonesia. Penangannya, saya mendapat tawaran daripada Sudrajat untuk menghasilkan lagu saya yang seterusnya,” kongsi Eddy.

Menurut penyanyi yang mempunyai darah kacukan itu, dia mendapat dorongan daripada beberapa individu yang sudah berkecimpung lama dalam bidang muzik.

Antaranya pengarah muzik Singapura, Syawal Kassim dan guru vokalnya, Ann Hussein yang membantu dalam menyiapkan karya sulung tersebut.

Meskipun terikat dengan komitmen lain, menurut Eddy, cinta dan jiwanya kepada muzik sejak kecil membuatkan anak muda itu tetap meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian.

Buktinya, pelbagai pertandingan dan uji bakat nyanyian telah disertainya. Lebih manis, penyanyi berusia 25 tahun yang juga seorang pramugara ini telah tersenarai sebagai finalis Karaoke World Championship.

“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Ketika saya berusia 16 tahun saya mula memberanikan diri untuk sertai pelbagai pertandingan dan uji bakat.

“Alhamdulilah, taruhan saya membuahkan hasil apabila berjaya tersenarai sebagai salah seorang finalis Karaoke World Championship yang turut disertai oleh ramai peserta dari seluruh dunia.

“Bercakap mengenai dorongan, saya mendapat inspirasi daripada ahli keluarga yang turut mempunyai bakat dalam bidang muzik. Jadi sejak kecil saya bersama ahli keluarga kadang kala akan meluangkan masa dengan bermain alat muzik dan saya nyanyi bersama mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Eddy mencuri perhatian apabila cover menyanyikan lagu What Was I Made For? nyanyian asal penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah mendapat lebih dari 2.4 juta tontonan di media sosial.

Selain lagu runut bunyi filem Barbie itu, Eddy turut menyanyikan cover Sedetik Lebih yang mendapat komen penyanyi asal lagu tersebut, Anuar Zain.

“Alhamdulillah, salah satu cover saya, What Was I Made For? tontonannya telah melebihi 2.4 juta. Selain itu, saya berasa terharu kerana cover Sedetik Lebih telah mendapat komen dari penyanyi asalnya iaitu Anuar Zain,” katanya.

Luah Eddy, dia berharap agar Bidadari Hatiku akan mendapat tempat dalam kalangan pendengar dan berbesar hati untuk menerima pelawaan kolaborasi daripada penyanyi-penyanyi di Malaysia untuk melebarkan lagi sayapnya.

Lagu Bidadari Hatiku boleh distrim di saluran digital Spotify, manakala video muzik pula sedia dilayari di laman YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

年少915合体!亮相山脚下男孩演唱会

「大叔男团」山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会剩下不到一个月就要举办!大马80后集体回忆的本地组合「年少」方泂镔和黄启铭也首肯当特别嘉宾,让山脚下男孩感动大呼:「兄弟真够义气!」

Anugerah Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Siapa Yang Bakal Merangkul Trofi Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular? Ini Ramalan Pemenang Trofi Pilihan XTRA…

Jom tengok ramalan pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular! Siapa pula pilihan hati korang?

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Mira Filzah Denies Having To Do Anything With Remy Ishak’s Sudden Instagram Cleanse

Maybe not all things are interconnected to each other.

Featured Sun, 28 May 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

“Bahagia Cara Kita… Maaf Anak-Anak Ibu Banyak Perkara Terjadi,” – Titip Pesanan Pada Anak-Anak, Nurul Shuhada Buat Ramai Sebak!

MasyaAllah, cantiknya Shu 🥹😍 Humairah & Umar pun comellll! ❤️❤️❤️ Geram min tengok! Semoga Allah terus melindungi keluarga ini 🫶🏻🫶🏻