Main ‘Filter’ Ramal Bakal Bertunang Tahun 2024, Puteri Sarah Tampil Beri Respons – “Kalau Ada Jodoh Adalah…”

Pelakon sensasi, Puteri Sarah tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dirinya bakal bertunang pada tahun hadapan.

Memetik laporan Kosmo, dia hanya sekadar mengikut ‘trend’ menggunakan ‘filter’ di Instagram yang meramalkan kehidupan seseorang pada tahun 2024.

Menurutnya, dia juga agak terkejut apabila ‘filter tersebut memberitahu dirinya bakal bertunang namun tidak mahu mengulas lanjut kerana ia hanya suka-suka sahaja.

“Insya-Allah kalau ada, ada lah (jodoh). Saya melawak sahaja sekadar ikut trend.

“Saya suka-suka saja main filter tu dan rasa kelakar apabila jawapan yang keluar memberitahu jangkaan saya akan bertunang pada tahun 2024.

“Tidak ada apa-apa yang serius pun. Itu buat lawak saja. Kalau ada jodoh adalah. Tapi kalau tidak ada pun, tak mengapa,” ujar Sarah.

Terdahulu, perkongsian Sarah bermain ‘filter’ di Instagram tentang ramalan kehidupannya pada tahun hadapan mencuri perhatian ramai apabila dikatakan dirinya akan bertunang.

“This is unexpected,” tulisnya di kapsyen berserta emoji ketawa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Main Filter Ramalan 2024, Reaksi Puteri Sarah Bila Dapat Result Bakal Bertunang Curi Perhatian! – “This Is Unexpected”

Baru-baru ini, nama Sarah menjadi perhatian selepas timbul gosip di media sosial kerana dilihat kerap muncul melakukan sesi live dalam Instagram bersama pelakon terkenal Indonesia, Andi Asryil.

Maya Basir