Hiburan By: Del14 December 26, 2019 @ 11:00pm

Mira Filzah Dilarang Berkahwin?

Baru-baru ini pelakon dan pengacara popular yang menjadi buruan pengarah dan pihak produksi, Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri seni hiburan.

Baca: Mira Filzah Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Mendengar berita ini, sudah pasti ramai jejaka yang menyimpan perasaan terhadap pelakon cantik manis ini ‘tak senang duduk’.

Bukan itu sahaja, perasaan tersebut turut dirasai oleh  pemilik rumah produksi seperti penerbit drama, Fadzil Teh dari Zeel Production kerana menurutnya nama dan kredibiliti pelakon Pujaan Hati Kanda itu sedang gah di dalam industri. 

Memetik laporan BH Online, Fadzil berharap Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman (26) tidak terburu-buru untuk berkahwin awal ketika namanya sedang meniti di bibir peminat. 

Mira yang dinobatkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 baru-baru ini dikatakan mempunya potensi untuk pergi lebih jauh untuk terus kekal relevan di dalam industri hiburan. 

“Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumahtangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat.  Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar. 

“Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita di kini mengenali hati budi seseorang.  Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat.  Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan.  Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.” katanya kepada BH Online.  

Fadzil menambah, dia hanyalah menyatakan pendapatnya tentang pelakon drama Adellea Sofea itu yang pada pendapatnya masih boleh kekal popular dan mencipta nama untuk tempoh sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi.

Bukan itu saja, produser terbabit turut memuji Mira yang dianggapnya sebagai artis yang merendah diri dan sentiasa memberikan kerjasama termasuklah mempromosikan drama atau filem lakonannnya di laman sosial. 

“Pendek kata, dia artis yang tidak berkira sangat dalam bab mempromosikan drama lakonan sendiri di laman sosial.  Bahkan, dia sendiri yang selalu meminta bahan hebahan daripada penerbit untuk dikongsikan bersama pengikutnya. 

“Dia berbeza dengan sesetengah artis yang sangat berkira, malah enggan membuat promosi drama lakonan sendiri di Instagram. 

“Sikap mereka memang membuatkan saya geram.  Kalau tiada lagi tawaran lakonan diterima golongan pelakon seperti itu, selepas ini, jangan salahkan penerbit atau stesen televisyen.  Kena cermin balik diri sendiri,” katanya lagi.

Tidak hairanlah mengapa pengacara rancangan Nona ini pernah mendapat jolokan Malaysia’s Sweetheart dan gadis idaman Malaya!

Gandingan hebat Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz di dalam drama rantaian Adellea Sofea di TV3

 

Kredit Foto: Instagram @mfmirafilzah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 May 2019

Sahur Kurma & Pisang, Alvin Chong Cuba Berpuasa!

Semoga terus bertahan yer Alvin, you can do it!

Featured Tue, 12 Apr 2022
Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat Ippo Hafiz

Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]

Events Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!

Hiburan Fri, 28 Jul 2023