Categories: HiburanSelebriti

MK K-Clique Kongsi Tips Senyum Sampai Telinga – “Taknak Try Pindah Planet Lain Ke?”

Penyanyi MK K-Clique sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas mempamerkan momen manis bersama isterinya, Siti Hajaar.

Menerusi perkongsian di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27,  telah memuat naik video isterinya, Hajaar mencium pipinya sebelum pergi Solat Jumaat.

Lebih mencuri perhatian, MK menyatakan itu merupakan salah satu cara untuk senyum sampai ke telinga.

“Assalamualaikum. Salam Jumaat 🤍 Definasi senyum sampai telinga,” tulisnya.

Melihat kemesraan pasangan itu, rata-rata peminatnya memberikan pelbagai respons yang berbaur cemburu menerusi ruangan komen.

Terdahulu, MK dan Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.

Fatin Nurain