Muat Naik Foto Berpakaian Songket, Namun Bibir DSV Pula Raih Perhatian Netizen – “Nanti Jadi Lagi Hodoh”

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya mengenakan sepasang persalinan songket ketika menghadiri sebuah majlis.

Menerusi hantaran Instagramnya, penampilan Vida dalam hantaran tersebut mendapat perhatian ramai warganet.

Dapat dilihat, Vida memakai dress labuh songket berwarna merah hati dan dipadankan dengan aksesori emas yang sarat dipakainya.

Namun begitu, ramai warganet yang tertumpu dengan keadaan bibir Vida menerusi hantaran foto itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat mempersoalkan mengenai saiz bibirnya kerana didakwa semakin membesar.

Terdahulu, wajah Vida semasa muda turut dibandingkan dengan wajahnya sekarang menerusi sebuah video yang di muat naiknya sebelum ini.

Atiqah Johari