Muat Naik Gambar Tempat Perkahwinan, Farisha Iris Beri Bayangan Bakal Akhiri Zaman Bujang?

Penyanyi dan pelakon Farisha Iris tampil memberi bayangan seolah-olah dirinya bakal mengakhiri zaman bujangnya, tidak lama lagi.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Farisha menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Farisha telah memuat naik gambar ketika dirinya berada di sebuah tempat perkahwinan sambil memaparkan reka bentuk pelamin.

Malah, perkongsian tersebut turut diiringin lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah nyanyian Datuk Seri Rossa dan Ungu.

Terdahulu, hubungan pelantun lagu Tak Malu itu bersama teman lelakinya, Hardee hangat diperkatakan selepas ramai yang mendakwa dirinya merampas tunangan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Farisha Iris Nafi Rampas Tunang Influencer, Tak Peduli Masa Lalu Teman Lelaki – “Dia Sertakan Bukti…”

Fatin Nurain