“Mungkin Bukan Ujian Atau Bala Tetapi Nikmat Untuk Aku ” – Lama Menyepi! Aniq Suhair Kini Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Pelakon sensasi, Aniq Suhair akhirnya tampil membuat ciapan di platform X selepas terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan namanya bersama individu wanita sebelum ini.

Terbaru, menerusi ciapan yang dimuat naik, Aniq menyifatkan ujian tersebut sebagai nikmat untuk dirinya agar lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Mungkin bukan ujian atau bala tetapi adalah nikmat untuk aku kerana lebih mendekatkan aku dengan Tuhan,” ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Hamilkan Wanita & Minta Untuk Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Saman!

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, akaun tersebut telahpun di tukar kepada mod privasi.

Terdahulu, nama Aniq atau nama penuhnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila didakwa menghamilkan seorang wanita.

Malah, wanita tersebut tampil berani membuat pendedahan menerusi laman TikTok apabila mendakwa Aniq masih enggan bertanggungjawab selepas ‘mencabul’ maruah dirinya.

Bahkan, wanita berkenaan kelihatan memberi amaran kepada aktor itu untuk mendedahkan kronologi kes tersebut serta mengheretnya ke mahkamah gara-gara tidak mahu memberikan kerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN:’Ugut’ Dedah Kronologi Kes ‘Rosakkan’ Maruah, Wanita Berang Aniq Suhair Masih Enggan Bertanggungjawab – “Jumpa Di Mahkamah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mengaku Dihamilkan Aniq Suhair, Individu Wanita Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Berniat Jatuhkan Reputasi & Karier Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh Aniq Suhair Enggan Buat Ujian DNA… Wanita Kembali Buka Mulut, Dakwa Ada Bukti Baharu – “Rupanya Dia Bapa 3 Anak”

Sumber: Beautifulnara

Salma Syahbuddin