Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

Universal Music Malaysia menganjurkan sebuah acara untuk menghubungkan syarikat-syarikat Universal Music serantau.

Acara tersebut diberi nama ‘Music is Universal’ dan telah diadakan pada Rabu, 17 Mei 2023 di The Tap Room KL, yang terletak di Bamboo Hills.

Tujuan lain acara ini adalah untuk memberikan peluang kepada warga kerja serta para artis Universal Music Malaysia bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang-cabang Universal Music serantau.

Antara yang akan hadir ialah wakil dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

Music is Universal ini juga menampilkan persembahan hebat dari penyanyi terkenal Malaysia dan Indonesia serta akan menampilkan kepelbagaian muzik yang kaya di Asia Tenggara.

Penyanyi yang membuat persembahan pada acara tersebut ialah DOLLA, Airliftz, dan juga Mikha Angelo dari Indonesia.

Selain menjanjikan persembahan hebat dari artis-artis berbakar ini, Music is Universal juga bakal menampilkan beberapa DJ hebat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC Millo yang akan menyediakan muzik sepanjang acara.

Izzi Farhana