Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Pempengaruh sensasi, Intan Saleh mengakui tiada masalah untuk berjumpa bersama pelakon, Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid demi menyelesaikan konflik antara mereka.

Jelas Intan, pihaknya telah pun membalas surat saman yang diterima daripada pihak Izreen namun sehingga masih tiada perkembangan terkini.

“Saya tiba-tiba dapat surat saman, saya tak tahu apalah tapi dah. balas balik.. masih tiada sebarang jawapan.

“Mengenai kenyataan tak nak berjumpa itu salah. Pihak saya dan suami sudah berkomunikasi dengan belah sana untuk berjumpa seperti yang diperkatakan.

“Memang dah ajak ‘jom, bagi tempat dan bila’… Saya dan suami sudah bersedia untuk bertemu empat mata bagi menyelesaikan dengan cara baik tapi tiada maklum balas,” katanya.

Sementara itu, di ruangan Instagram Intan seakan memberi nasihat kepada umum untuk berhenti menunding jari kepada pihak lain.

“Lebih baik diam daripada berkata-kata. Kau tak ada pun kat tempat orang tu dan kau tau dari sebelah pihak. Manusia tak ada yang sempurna masing-masing ada sisi buruk sisi baik.

“Cukup kita tau dan sedar salah kita dan tak perlu pun nak cari salah orang lain untuk jatuhkan orang lain. Entahlah, kadang penat nak fikir,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Intan berharap agar kemelut antaranya dan Izreen dapat diselesaikan dengan cepat kerana masing-masing telah pun mempunyai kehidupan sendiri.

“Sudah-sudahlah sebab saya pun ada life sendiri.. yang lepas tu lepas. Boleh settlekan bersama tapi tak perlu nak cari masalah,” katanya. 

Sumber: Melodi TV3

Aqilah Paharuzi