Hiburan By: Padin July 25, 2023 @ 8:00pm

Nurin Afiqah Jawab Isu Telan 6 Biji Suplemen

Heboh isu mengenai pempengaruh media sosial dan pelakon, Nurin Afiqah telan 6 biji suplemen sekali gus seperti yang heboh diperkatakan orang ramai hujung tahun lalu.

Tenang menjawab soalan media, pemegang watak Darina dalam naskhah Tentang Hati Dia yang sedang hangat bersiaran di slot Samarinda TV3 dan iQIYI ini mempunyai alasan tersendiri mengapa dia perlu mengambil pil sebanyak itu.

Nurin Afiqah telah 6 biji suplemen.

“Saya tahu ia menjadi bahan bualan, malah ada segelintir warganet mengkritik tindakan saya. Saya tak perlu ceritakan secara mendalam keadaan kesihatan saya tetapi saya memang kena ambil pil-pil terbabit.

“Tapi jangan risau kerana semua pil yang saya ambil mendapat preskripsi dan nasihat doktor serta pakar perubatan,” katanya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurin Afiqah (@nurinafiqaaah)

Mengulas mengenai watak Darina dalam naskhah Tentang Hati Dia, Nurin bersyukur ia mendapat respons positif orang ramai.

“Ramai penonton memberi respons positif terhadap karya ini. Saya sangat gembira dengan perkembangan baik ini. Saya juga rasa bertuah dapat bergandingan dengan Aliff Aziz, Trisha Ooi dan ramai pelakon hebat dalam drama bersiri ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurin Afiqah (@nurinafiqaaah)

“Jangan lupa saksikan Tentang Hati Dia setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3 atau di laman web dan aplikasi iQIYI,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Nurin ditemui di majlis pelancaran koleksi Summer to Remember di bawah jenama fesyen miliknya, NADA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Semakin selesa mengembangkan perniagaan, Nurin mengambil inspirasi daripada bunga yang mekar pada musim panas dan ia merupakan rangkuman pengalaman wanita ini sewaktu melancong ke Eropah.

“Kebetulan ia musim panas dan jatuh pada bulan hari jadi saya, bulan Julai. Jadi saya mahu jadikannya satu momen yang bermakna. Musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan dan ia memberi inspirasi untuk saya berkongsi koleksi ini dengan lebih ramai wanita.

“Koleksi ini menawarkan tiga jenis material dalam satu koleksi, ia lebih matang namun masih mengekalkan konsep floral. Koleksi ini satu permulaan dan wajah baharu untuk jenama ini yang boleh saya katakan lebih matang dan sesuai untuk wanita bekerjaya serta pertama kali jenama ini mengeluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurin Afiqah (@nurinafiqaaah)

Kredit foto: Instagram Nurin Afiqah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Iman Corrine Alami OCD?

Kenali Iman Corrine dalam Salon september ini!

Featured Tue, 7 Feb 2023

[VIDEO] “Counting Days!” – Nabil Jeffri, Raysha Rizrose Shopping Barang Hantaran Mewah Buat Ramai Teruja!

omg counting days!! Excitednyaa nak tengok hari bahagia Raysha dengan Nabil ❤️ Moga dipermudah segala urusan mereka 🥰🥰

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sat, 25 Jan 2020
Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana