Hiburan By: Padin March 22, 2021 @ 8:36pm

“Paling Teruk, Saya Persoalkan Kenapa Takdir Saya Dilahirkan Ke Dunia Kalau…” – Abu Talib Husin

Mungkin ramai peminat seni tempatan sudah terbiasa melihat wajah kacaknya mengemudi banyak program televisyen sebagai pengacara.

Sedar tak sedar, pemilik nama penuh Abu Talib Husin ini sudah 13 tahun melibatkan diri sebagai hos dalam bidang hiburan.

Namun begitu, lelaki berusia 41 ini mempunyai kisah silam yang penuh suka duka sebelum melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.

“Saya menempuhi pelbagai kisah pahit manis. Sewaktu kecil, saya berhadapan dengan kisah perceraian ibu bapa.

“Ibu terpaksa membuat pilihan, meninggalkan kami tujuh beradik bersama datuk dan nenek demi meneruskan hidup.

“Akhirya, adik beradik kami terpisah. Ada yang dikahwinkan pada usia remaja, dijaga oleh saudara-mara dan salah seorang kakak saya juga terpaksa berhenti sekolah pada usia 12 tahun untuk menguruskan saya ketika bayi.

“Kadangkala ada hari-hari beras pun tiada, tebalkan muka berhutang di kedai beli taugeh dan ikan kapak masin.

“Akibat tekanan ditambah cercaan, saya pernah terlintas nak lari dari rumah. Paling teruk, saya persoalkan kenapa takdir saya dilahirkan ke dunia kalau beginilah kehidupan yang perlu saya lalui,” kata Talib.

Tambah bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O TV9 ini, peluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.

“Pada awalnya ada kekangan kewangan tetapi arwah datuk banyak membantu saya. Syukur, arwah adalah individu yang banyak pujuk saya dan selalu berpesan dengan ilmu, saya boleh pergi jauh dan dia mendoakan saya berjaya.

“Saya rasa ada katil, tilam, almari dan bantal sendiri di sana.Akhirnya, saya gunakan peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” kata Talib.

Akhirnya, Talib merasakan sesuatu yang kurang biarpun sudah berkahwin dan berjaya dalam kerjayanya.

“Saya sendiri terfikir, dah ada kerjaya, dah berkahwin, tapi hubungan saya dengan mak ayah masih dingin. Namun, entah bagaimana, pada satu hari, hati ini bagai dijentik oleh Allah.

“Emosi itu semakin membuak-buak sebaik saya menjadi salah seorang peserta Program Prof Muhaya Circle (PMC) Plus 6 yang dikendalikan pakar motivasi terkemuka, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad.

“Beliau mempunyai ruang ilmu yang sangat luar biasa. Dulu, saya ingatkan sesi motivasi beliau dah hebat, namun sesi PMC Plus 6 ini, bukannya program motivasi, rupanya coaching jiwa.

“3 bulan bersama beliau, macam masuk mesin basuhlah, air mata pun berjurai bila ditegur beliau. Beliau hanya mahu ‘anak-anaknya’ tempuhi hidup dengan tenang.

“Sebagai insan biasa, beliau juga pernah lalui cabaran. Bezanya, beliau pilih respons kepada takdirnya. Itulah antara formula kehidupan saya sekarang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu […]

Featured Tue, 15 Aug 2023

Badan Masih Kuat, Cef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi… Syukur Sel Kanser Belum Serang Organ

Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa – Serina