Hiburan By: Syamir Shafie November 28, 2023 @ 1:54pm

Pamer Sisi Lain Indah Ruhaila, Single Indah Buat Wanita Tersakiti – “Saya Agak Memilih Untuk…”

Penyanyi Indah Ruhaila meluahkan rasa syukur apabila dapat menghadiahkan single terbaharu buat peminatnya yang berjudul Indah.

“Alhamdulillah, saya masih lagi giat memperjuangkan bakat yang dikurniakan Tuhan dan masih lagi aktif menerima undangan nyanyian di sana sini.

“Syukur di atas kelahiran single terbaharu ini dan yang pertama seumpamanya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, saya berasa terharu berbaur gembira kerana sudah lama tidak muncul dengan mana-mana lagu baharu,” jelasnya.

Akui agak cerewet sepanjang proses pembikinan single, pelantun lagu Percayalah itu amat menitikberatkan kualiti sesebuah karya.

“Secara jujurnya, saya agak memilih dalam penghasilan sesebuah karya kerana hendak pastikan ianya betul-betul bermutu, menepati citarasa saya dan yang paling penting, dapat menarik perhatian halwa telinga peminat dan juga pendengar di luar sana,” ujar pemilik nama sebenar,
Siti Ruhailah Hussein, 36.

Dalam pada itu, single Indah merupakan buah fikiran Indah sendiri yang mahukan kelainan dalam komposisi melodinya, dan seakan transformasi bagi dirinya yang merupakan penyanyi berpengalaman dan lebih matang dalam berkarya.

“Jalan cerita lagu ini datang dari saya, setelah berbincang dengan komposer Firdaus Rahmat, hasilnya sebuah karya yang lain dari lain dan kedengaran sedikit ‘fresh’ dan lebih kepada ‘feel’ masa kini.

“la menceritakan tentang kemampuan seorang wanita yang pasti beroleh kebahagiaan jika mereka mencintai diri sendiri dahulu, kiranya seperti ‘self-love’, seterusnya perasaan ‘indah’ itu
akan datang dengan sendirinya.

“Single Indah berjaya dirakamkan dalam masa dua jam sahaja di Studio World Peace dan kali pertama mendengarnya, nuansa pop dansa ini membuatkan ia menarik.

“Ini kerana ada patah di dalamnya yang dinyanyikan secara rap oleh saya sendiri, menyuntik elemen kelainan yang dimahukan selain menjadikannya lebih ‘tersendiri’” ujarnya.

Indah berkata, single ini didedikasikan khas buat semua peminat yang merindui suaranya setelah sekian lama menyepi dalam industri.

“Setelah sekian lama saya tidak hadir dengan mana-mana lagu baharu, saya anggap ini sebagai hadiah melepaskan kerinduan peminat yang sudah lama menunggu, serta jangan lupa menyaksikan muzik video Indah di YouTube nanti yang berkonsep minimalis dengan elemen yang ‘indah-indah’ sahaja.

“Saya berharap supaya Indah dapat diterima oleh semua, terutamanya peminat saya dan pelbagai penggemar muzik tanah air, tidak mengira peringkat umur,” katanya.

Lagu ‘INDAH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala muzik video single ini boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Selepas Semua Sudah, Elizabeth Tan Kini ‘Hidup Semula’

Lagu terbaru nyanyian Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini menjanjikan kepuasan kepada pendengar dengan penambahan elemen seram dan hiba menerusi lagu tersebut.

Trending Sat, 25 Jun 2022

“Dia Buat Kita Rasa Selesa Sangat” – Rasa Kehilangan, Siti Nurhaliza Kagum Dengan Adibah Noor

Siti Nurhaliza sangat terkesan dengan pemergian arwah Adibah Noor yang merupakan idolanya.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dam keadaan baik dan sihat.

familuv Thu, 29 Dec 2022
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

Kami doakan agar Adam Musa kembali pulih dan mendapat kekuatan seterusnya membesar seperti kanak-kanak lain.

Featured Tue, 14 Mar 2023