Categories: HiburanSelebriti

Peminat Minta Michael Ang Jaga Kesihatan, Dedah Otak Tidak Berfungsi Dengan Baik Gara-Gara…

Pengarah Michael Ang tampil berkongsi detik cemas apabila otaknya tidak berfungsi dengan baik selepas menghisap hampir 40 batang rokok ketika di set penggambaran.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Michael Ang menerusi sebuah hantaran di Instagram, pagi tadi.

Menurut Michael Ang atau nama sebenarnya Michael Ang Hai Swee, ini merupakan kali pertama dia mengalaminya sehingga tidak dapat mengingati skripnya ketika penggambaran dijalankan.

“First time experiencing this! Today’s shoot I had to smoke almost 40 sticks of cigarrates. Damn it was bad! By midnight my brains cannot function already and can’t even remember my lines!

“And now back home with a bad headache and feeling like going to have fever soon!,” tulisnya.

Bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh pengarah itu, rata-rata peminatnya meminta agar Micheal menjaga kesihatannya dan kurangkan merokok di ruangan komen.

Fatin Nurain