Categories: HiburanTrending

Pintu Bilik Dicakar & Digegar, Shila Amzah ‘Diusik’ Ketika Inap Di Langkawi – “Ubai Jengah Kat Tingkap Tapi…”

Penyanyi Shila Amzah berkongsi pengalaman diganggu oleh makhluk halus ketika di Langkawi.

Menerusi hantarannya di Instagram, Shila menginap di sebuah rumah inapan bersama suami dan anaknya.

Namun, perkara misteri berlaku dimana dia terdengar pintu dicakar dan digegarkan tetapi tiada siapa di luar.

“Homestay kitorang kat Langkawi tu ada hantu boleh pulak dia main cakar-cakar pintu, gegar-gegar pintu ehhhh… hahaha.

“Lepastu Ubai pun pergi jengah kat tingkap nak tengok siapa kacau, sebab trip Langkawi ni ramai-ramai kan the whole team bola ada… sekali tuu pintu masih bergegauuu tapi orangnya tiadaaaa.

“Pastu Ubai dengan muka seposen dia cakap dengan Sha ‘oh kucing je sayang, tidur la’ hahaha. Esoknya kitorang nak ke Perlis baru dia bagitau kejadian sebenar,” kongsinya.

Susulan itu, pelantun lagu Patah Seribu itu sempat memberi nasihat buat pengusaha rumah inap untuk sentiasa ‘bersihkan’ kediaman mereka.

“Nasihat Sha kepada orang orang yang buat homestay ni kan kena rajin bersihkan bilik and ‘bersihkan’ regularly.

“Kita pula mengandung pastu ada bawa baby kecil so benda gini kena ambil kira la ya,” tulisnya.

Atiqah Johari