Hiburan By: Syamir Shafie November 2, 2023 @ 12:59pm

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Penyanyi Datuk Awie bersama kumpulan Wings mendedahkan bakal menganjurkan satu acara solidariti sebagai bantahan terhadap kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin.

Acara solidariti berbentuk konvoi motosikal tersebut dikenali sebagai Solidariy Wings Motogang Society.

Wings memaklumkan acara itu diadakan pada 13 – 15 November ini yang lokasinya masih dirahsiakan.

Awie meluahkan rasa teruja kerana acara berkenaan melibatkan penyertaan lebih 300 motosikal daripada komuniti Wings.

Bagi menghangatkan sokongan terhadap isu Palestin, Awie mengajak lebih ramai pemilik motosikal berkuasa besar untuk konvoi bersama-sama.

Terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza, Awie mahu acara tersebut disertai oleh orang ramai sebagai tanda bersolidariti dan bukannya bertujuan mengumpul derma semata-mata.

“Kami tidak fokus pada agihan sumbangan. Kami mahu tunjukkan solidariti dan ini bukan soal duit semata-mata.

“Sebaliknya, kami mahu beramai-ramai melaungkan sokongan pada Palestin, itu lebih afdal dari segala-galanya,” katanya kepada XTRA.

Tambah Awie, solat hajat juga bakal diadakan sewaktu acara tersebut.

Dalam pada itu, Wings mengumumkan akan melangsungkan sebuah konsert penutup pada 16 Disember depan yang dikenali sebagai konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter.

Membidas dakwaan kumpulan Wings tidak sensitif dengan kezaliman yang berlaku di Palestin, Awie bertegas bahawa konsert itu merupakan punca rezeki buatnya.

“Kalau tidak buat konsert, saya nak makan apa? Kami juga perlu sara keluarga.

“Konsert tetap diteruskan, hati dan doa kami sentisa bersama Palestin,” jelasnya.

Awie ditemui XTRA ketika majlis sidang media konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter yang berlangsung di Maristar, The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter bakal menggegarkan Stadium Melawati Shah Alam pada 16 Disember ini.

Tiket sudah mula dijual di wings.ubertickets.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Featured Tue, 22 Feb 2022
Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

INSAF LAH WAHAI LAHANAT! FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI

Semoga Fathia Latiff menjadikan komen dari netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk berjaya pada masa akan datang

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Padat Dengan Mesej Positif, Penyanyi Cilik Timah Ajak Rakyat Malaysia Kembali Ceria

Penyanyi dan pelakon cilik, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, 13, tampil dengan single pertama berjudul Ceria. Kini bernaung dengan label Rocketfuel Entertainment, lagu Ceria merupakan ciptaan komposer terkenal, MFMF […]

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Trending Thu, 30 Sep 2021

[VIDEO] Luluh Hati… Video Lelaki Lihat Isterinya Ditahan Berkhalwat Dengan Suami Orang Viral Di TikTok!

Semenjak beberapa hari lalu, video yang didakwa melibatkan tangkapan kes khalwat wanita berstatus isteri orang dengan seorang lelaki tular di laman sosial terutamanya di TikTok. Difahamkan, video terbabit mendakwa seorang suami yang pulang untuk mengambil […]