Putus Dah Lima Tahun, Chris Brown Masih Belum Move On?

Nampaknya persahabatan pelantun lagu Diamonds, Rihanna dan penyanyi Donald Glover dicemburui oleh seseorang.

Orang yang dimaksudkan siapa lagi kalau bukan bekas kekasih penyanyi wanita itu, Chris Brown.

Sebelum ini, Rihanna pernah memberitahu Brown bukan lagi individu penting dalam hidupnya tetapi nampaknya lelaki ini masih belum move on.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Chris tidak boleh melihat Rihanna ada hubungan rapat dengan lelaki lain.

Difahamkan, Brown berasa cemburu kerana Donald bukan sahaja ada personaliti yang menarik tapi mempunyai bakat yang besar.

Rihanna dan Donald ada memuat naik foto mereka berdua yang berkemungkinan sedang jalani penggambaran filem Guava Island.

Chris Brown pernah dilaporkan berkawan rapat dengan penyanyi popular asal Indonesia, Agnez Monica manakala Rihanna pula merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya Hassan Jameel yang merupakan seorang jutawan berasal dari Arab Saudi.

 

SGMS Faida