’Queen Is Back’- Netizen Gembira Selena Gomez Aktif Semula Di Instagram

Penyanyi terkenal Selena Gomez membuat kemunculan semula di laman sosial, pagi ini.

Berdepan dengan masalah peribadi dan kesihatan pada tahun lalu, Selena dilihat tidak aktif di Instagram sejak September tahun lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Selena mengucapkan selamat tahun baru kepada pengikutnya dan berterima kasih atas sokongan tidak berbahagi selama ini.

“ Saya pasti sudah lama anda tidak mendengar khabar daripada saya, selamat tahun baru diucapkan dan terima kasih atas kasih sayang dan sokongan kalian.

“ Tahun lalu merupakan tahun yang penuh dengan cabaran termasuklah proses refleks dan memajukan diri. Cabaran inilah yang membuktikan sejauh mana kekuatan diri kita sekaligus persediaan menghadapi cabaran seterusnya,” luahnya.

Tambah penyanyi berusia 26 tahun ini, dia sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan di tahun 2019. Good Luck, Selena. Yeah, The Queen Is Back! 

Dalam masa sama, rata-rata peminat meninggalkan komen kata-kata semangat dan mereka gembira dengan kemunculan semula Selena di Instagram. 

SGMS Faida