Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Selepas menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupunya di Texas, penyanyi Selena Gomez terbang ke Itali meraikan hari jadi bersama keluarga.

Pelantun Back To You tidak keseorangan kerana turut membawa neneknya ke percutian singkat itu.

Memetik laporan portal People, Selena dilihat gembira meraikan ulang tahun tanpa kehadiran kekasih seperti tahun sebelum ini.

“ Selena juga menikmati Tiramisu dan aiskrim pada tahun ini,” tulis sumber.

Meraikan ulang tahun ke 27 pada 22 Julai, Gomez dilaporkan bakal tampil dengan album baharu tahun ini.

Malah, Gomez tidak menafikannya dengan menulis ‘The album is coming very soon’.

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

SGMS Faida