Rai Ulang Tahun Ke 10, Ekin Dedah Rahsia Sebelum Jadi Isteri Mawi

Pelakon Ekin dan suaminya penyampai radio terkenal Mawi menyambut ulang tahun ke 10 perkahwinan mereka, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat, pelakon berusia 39 tahun meluahkan rasa syukur dengan perkahwinannya bersama Mawi. 

” Alhamdulillah dan 10 tahun bersama tak terasa, Masya Allah terima kasih @cahayaasmawi sebab banyak mengajar I erti kesabaran dan kawal baran hahaha…

” Syukur walaupun banyak suka duka yang datang kita tetap chill dan senyum jer er,” tulisnya. 

Menerusi sekeping gambar perkahwinan yang dimuatnaik, Ekin turut mendedahkan dia pernah difitnah sehingga dilabel kaki kikis.

” Masa ni macam-macam dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yang melabelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha. Ayoo camna la orang-orang tu semua nak minta maaf ek atas fitnah dorang. Serammmm,” tulisnya.

Ekin dan Mawi berkahwin pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cahaya Malaika. Selamat ulang tahun buat pasangan ini, semoga terus bahagia hingga ke jannah!

SGMS Faida