Categories: Sihat

Bayi Dilahirkan Cacat Telinga Kerana Ibunya Gunakan Produk Kecantikan Bertoksik Selama 2 Tahun

Baru-baru ini Public Health Malaysia telah memuat naik satu kenyataan di mana seorang bayi yang baru dilahirkan telah mengalami kecacatan telinga. Bayi tersebut juga perlu dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Untuk pengetahuan anda, cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga.

Melalui hasil siasatan, didapati bahawa ibu kepada bayi tersebut telah menggunakan produk Isotretinion selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini dinamakan sebagai Isotretinin Embryopathy

Sememangnya ada banyak produk kecantikan yang dijual secara meluas di atas talian. Rata-rata wanita yang obses untuk cantik dan putih gebu langsung tidak menghiraukan kesan sampingan penggunaan produk yang tidak diketahui jaminan keselamatannya terhadap kesihatan. Apa yang mereka fikirkan hanyalah untuk cantik sahaja!

Foto: Facebook

Berbalik kepada kes ini, penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin bukan sahaja berisiko untuk kecacatan telinga pada bayi, malah boleh menyebabkan kecacatan lain seperti:

  • Tulang dan struktur wajah
  • Sumbing
  • Masalah sistem saraf

Jadi, kepada para wanita yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin dan bakal mempunyai anak, elakkanlah menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin!

Ia bukan sahaja membahayakan kesihatan anda malah kesihatan bayi dalam kandungan. 

Ini antara info mengenai Isotretinoin yang wajib anda ambil peduli:

  • Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
  • Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar.
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan teratogenik dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
  • Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

Berpada-padalah untuk cantik!

Sumber: Public Health Malaysia

tex_admin