Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 2, 2023 @ 4:53pm

Resipi Masakan Terlalu Berminyak, Khairul Aming Ditegur Pakar Perubatan

Sebuah video milik pempengaruh Khairul Aming ditegur oleh pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah kerana resipi yang dikongsi mengandungi minyak yang belebihan.

Rafidah menegur masakan sambal hijau Khairul Aming menerusi ciapan di Twitter.

“Salam Khairul Aming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good.

“Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” tulisnya.

Namun, terdapat segelintir peminat Khairul Aming tidak setuju dengan teguran yang diberikan kerana bagi mereka, dia hanya seorang pempengaruh media sosial yang berkongsi resipi makanan dan bukannya tertumpu kepada makanan sihat sahaja.

Menurut seorang pengguna Twitter, Khairul Aming juga mempunyai akaun Instagram yang kedua khas untuk makanan-makanan sihat dan menurutnya lagi peminat boleh mengubah resipi mengikut citarasa masing-masing.

“First of all, KA (gelaran Khairul Aming) bukan content creator untuk healthy meals. Ada diet coach yang share healthy meals, boleh tengok resepi mereka. Kuantiti bahan itu rasanya kita boleh adjust sendiri, tidak perlu ikut pun.

“Lagi satu bila senduk lauk dan nampak minyak banyak macam ni, pandai-pandailah jangan sampai senduk minyak dia sekali,” tulis peminat Khairul Aming.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Featured Mon, 5 May 2025

Scene Tendang & P*kul Dalam Keluarga Itu Bikin Netizen Puas! Umie Aida Tampil Mohon Maaf Pada Rosyam Nor

Umie menganggap scene sepak dan pukul itu sangat berat untuk dilakonkan.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Trending Mon, 14 Feb 2022

Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Merungkai Usaha Di Sebalik Tabir Misi Pengembaraan 204 Artifak Dari Kuala Lumpur Ke Tokyo

Ilmu dikongsi, pameran menjadi misi… 204 artifak dari Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) menjadi tumpuan dalam pameran “14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World” di Tokyo National Museum, Jepun […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!