[VIDEO] Ronnie Hussein Berniaga Di Bazar Ramadan, Sempat Belanja Lagu Dekat Customer… Ramai Puji Suara Tetap Maintain

Tular di media sosial, penyanyi Ronnie Hussein sibuk menjalankan perniagaan di bazar Ramadan, baru-baru ini.

Menerusi muat naik seorang pengguna di TikTok, Ronnie melayan pelanggannya ketika urusan jual beli di bazar Ramadan di Johor Bahru.

Namun apa yang menarik perhatian adalah video pendek tersebut turut memaparkan Ronnie sempat menyanyikan lagu hitsnya, Hanya Aku kepada pelanggan.

“Beli Nasi Goreng, Abang Ronnie Hussein belanja satu lagu,” tulis pengguna tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya memuji nyanyian bekas vokalis kumpulan Hyper Act itu biarpun sibuk berniaga sempat melayan pelanggan.

Malah, ada juga yang menyifatkan suara Ronnie masih maintain seperti biasa apabila menyanyikan lagu tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih 22,000 tanda suka.

Khairil Khusyairi