Sama Tapi Tak Serupa, Gelagat Diva AA Bertemu Diva BB Undang Tawa – “Pandai-Pandai Parodi Aku!”

Selebriti terkenal Azwan Ali atau Diva AA sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular gelagatnya berjumpa dengan lelaki yang sering meniru gayanya dan dikenali sebagai Diva BB.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, mereka berdua sempat beramah mesra sekali gus membuatkan orang yang melihatnya terhibur.

“Akhirnya hang top. Hang kata aku ni lahanat. Mana hang punya selendang? Ada hati nak tiru aku. Ni hang viralkan video ni. Diva AA datang serang ni, pandai-pandai parodi aku,” kata Diva AA.

Teruja melihat gelagat selebriti itu, Diva BB secara spontannya terus meniru aksi Diva AA yang ramah bergurau dengannya.

“Kau datang dekat tempat aku? Selendang aku, aku meniaga takdak selendang,” katanya.

@amiruddin87_ 🤣🤣🤣#lahabau #divaaa @DIVA BB @Diva AA Tersohor ♬ original sound – AyamGoreng786

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Sebelum ini, Diva BB kerap meniru cara percakapan dan pemakaian Azwan Ali di TikTok sekali gus berjaya meraih pengikut yang ramai.Selebriti terkenal Azwan Ali atau Diva AA sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular gelagatnya berjumpa dengan lelaki yang sering meniru gayanya dan dikenali sebagai Diva BB.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, mereka berdua sempat beramah mesra sekali gus membuatkan orang yang melihatnya terhibur.

“Akhirnya hang top. Hang kata aku ni lahanat. Mana hang punya selendang? Ada hati nak tiru aku. Ni hang viralkan video ni. Diva AA datang serang ni, pandai-pandai parodi aku,” kata Diva AA.

Teruja melihat gelagat selebriti itu, Diva BB secara spontannya terus meniru aksi Diva AA yang ramah bergurau dengannya.

“Kau datang dekat tempat aku? Selendang aku, aku meniaga takdak selendang,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Sebelum ini, Diva BB kerap meniru cara percakapan dan pemakaian Azwan Ali di TikTok sekali gus berjaya meraih pengikut yang ramai.

Fatin Nurain