Sambut Ulang Tahun Ketiga Perkahwinan, Kenapa Azwan Kombos Mohon Maaf Dengan Isteri?

Suka sangat tengok pasangan ini di Instagram. Memang antara pasangan selebriti yang serba sederhana.

Pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, semalam.

Akui Azwan, dia memohon maaf kepada isterinya kerana tidak dapat memberi hadiah best pada tahun ini.

“Happy anniversary to my wife untuk tahun yang ke-3. Semoga tahun-tahun ini akan sentiasa bertambah di masa-masa akan datang. 

“Sorry tahun ni tak ada hadiah best-best pun, job tak kencang sangat, In shaa Allah tahun depan I kasi dua hadiah sekaligus. Love you,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan pasangan ini. 

Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai 2016 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.

SGMS Faida