Categories: Filem

Kingdom Siri Manga Paling Popular Jepun, Bakal Menyerang Pawagam Berhampiran Anda Mulai Esok!

Pihak Primeworks Studios hari ini mengumumkan perancangannya untuk melancarkan sebuah filem Blockbuster Jepun yang bertajuk KINGDOM di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Julai 2019!

Filem yang diadaptasi dari sebuah siri Manga karya Yasuhira Hara dan diterbitkan oleh Shueisha sejak tahun 2006 ini juga merupakan filem aksi pengembaraan yang diarahkan oleh Shinsuke Sato, seorang yang terkenal dengan karyanya yang lain seperti Bleach (2018), Gantz (2011) dan Death Note: Light Up the New World (2016) juga turut dihasilkan oleh Sony Pictures Japan. 

Filem KINGDOM ini juga berjaya meraih lebih 5 bilion Yen ((USD46 juta) dan mendapat tontonan seramai 3.7 juta penonton sejak ditayangkan pada 19 April lalu di negara matahari terbit itu.

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios, Puan Nor Shahila Harun Shah, pihaknya sangat teruja untuk mempersembahkan filem ini terutamanya kepada peminat Manga dan penggemar filem Asia dan filem aksi pengembaraan.

“Kami sangat teruja untuk mempersembahkan filem ini di Malaysia, buat para peminat Manga dan penggemar filem Asia dan filem aksi pengembaraan. Ini merupakan kali pertama kami mengedarkan filem Jepun dan kami berharap untuk membawa masuk lebih banyak filem Asia dan Hollywood di masa akan datang. Selepas filem Kingdom, para penonton akan disajikan dengan filem tempatan seperti Sangkar (29 Ogos 2019), Rock 4 dan Ejen Ali The Movie” Katanya.

Bagi pelakon utamanya pula, Kento Yamazaki menyifatkan filem ini sebagai antara filem yang sangat mencabar danmengakui sedikit tertekan kerana siri Manga ini amat terkenal dan belaiu sendiri berusaha keras untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan beliau.

” Saya merupakan peminat filem Manga lama sebelum saya ditawarkan untuk berlakon di dalam filem ini. Memegang watak Shin sememangnya sesuatu yang sangat mengujakan, tetapi proses penggambaran adalah sangat mencabar. Saya berasa agak tertekan kerana saya tahu siri Manga ini sangat hebat dan terkenal. Ditambah pula dengan watak Shin yang merupakan seorang wira yang melatih dirinya sendiri dengan gaya lawan yang unik. Oleh itu, saya perlu menjalani latihan seni lawan diri dan mengurangkan berat badan untuk watak ini seperti yang turut ditampilkan dalam watak Shin, saya sentiasa memberikan 100 peratus usaha saya.” Jelasnya.

Salma Syahbuddin