Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Terkenal menerusi watak Hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, pelakon Delimawati meluahkan rasa hati mengenai situasi pelakon lama yang tidak lagi boleh memilih watak. Kenapa agaknya tu?

Kata pelakon yang sudah tiga dekad dalam dunia hiburan ini, dia dan pelakon seangkatannya tidak mempunyai pilihan dengan menerima apa sahaja watak diberikan demi kelangsungan hidup.

“ Watak-watak ibu banyak diberikan kepada pelakon berusia 40-an.

“ Pada pandangan saya, watak begitu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

“ Takkan setakat jadi nenek dan hantu saja. Janganlah terus pinggirkan kami dan terikut-ikut dengan cara drama negara lain,” katanya memberitahu industri lakonan tempatan seakan terikut-ikut rentak drama luar.

Namun begitu, Delimawati akan menerima tawaran jika ada memandangkan tiada pilihan dan sebagai pelakon itu merupakan tanggungjawabnya.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon ini bakal muncul dengan filem terbaharunya, Hantu Kak Limaj yang bakal menemui penonton 9 Ogos depan.

“ Saya hargai jasa pengarah Mamat Khalid yang mengambil saya berlakon dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Harus diakui, watak itu meninggalkan kesan cukup mendalam terhadap karier saya.

“ Penonton di luar lebih kenal saya dengan nama Kak Limah. Ini semua jasa Mamat Khalid, kalau beliau tidak mengambil saya berlakon mungkin sampai ke hari ini orang tidak kenal saya,” ujarnya.

Hantu Kak Limah turut menampilkan barisan pelakon Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Jue Aziz, Ropie, Mus May, Pekin Ibrahim, Sharwani, Datuk Seri Vida dan TJ Isa.

 

SGMS Faida