Hiburan By: Khairil Khusyairi March 5, 2024 @ 7:25pm

Sarah Suhairi Tak Kecil Hati Bila Ada Yang ‘Claim’ Lagu SAH Asal Dari Negara Jiran, Seronok Ramai Yang Suka Versi Remix 

‘Tiada bintang kan bersinar, tiada lagi bumi berputar, jikaku tak bersamamu’, itulah bait-bait lirik lagu yang menjadi siulan hingga tular di media sosial kini iaitu Setia Akhir Hayat atau SAH nyanyian Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.

XTRA berkesempatan bertemu dengan pelantun lagu itu sendiri baru-baru ini bagi mendapatkan reaksi Sarah Suhairi apabila lagu nyanyiannya itu tular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara seberang.

“Alhamdulillah, secara jujur saya sangat gembira kerana dulu saya dah banyak lagu berentak balada, tapi kali ini saya keluarkan lagu berentak pop.

“Dah lama simpan sebenarnya, ramai yang menantikan lagu selain balada sebab ramai penyanyi wanita kini mempunyai lagu balada yang sangat kuat.

“Lagu yang sangat ‘catchy’, pendengar pun senang nak ingat sentiasa terutamanya bahagian korus, Alhamdulillah, rezeki,” katanya ketika ditemui di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu (AJL38), pada Ahad.

Dalam pada itu, Sarah juga bersyukur apabila lagu SAH mendapat tempat di hati pendengar-pendengar di Indonesia.

“Mungkin salah satu sebabnya adalah TikTok sendiri. Pihak label juga memang rancang untuk keluarkan versi DJ Remix, jadi bila saya dengar versi itu, saya suka.

“Alhamdulillah menjadi, ramai orang Indonesia seperti pempengaruh yang guna lagu SAH sebagai latar muzik di TikTok dan Instagram (IG).

“Bersyukur sangat,” kongsinya.

Tambah Sarah, dia juga tidak berkecil hati apabila ada sesetengah pihak mendakwa lagu tersebut berasal dari negara jiran bukannya dari Malaysia.

“Saya faham, pendengar juga teruja bila dengar, lagi-lagi bila diremixkan sebegitu, pasti orang akan fikir dari negara jiran.

“Bagi saya, tidak mengapa, ia salah satu marketing juga. Tak adalah kecil hati, saya dah tahu perkara ini akan jadi.

“Saya sangat gembira bila orang sana juga sukakannya,” ujarnya.

Ujar Sarah lagi, dia juga tidak terasa apabila sesetengah pendengar berpendapat lagu tersebut menjengkelkan dan meluat bila diputarkan.

“Sebagai penyanyi saya gembira bila lagu itu popular dan viral, tapi itu pendapat masing-masing.

“Saya juga pernah merasai perkara sama bila kita dengar lagu tersebut berulang kali, pasti akan rasa bosan juga.

“Tidak mengapa, saya okey saja, sekurangnya orang tahu itu lagu saya dan Alfi. Tak ada lah nak marah atau geram mahupun terasa

Sarah juga memaklumkan dia tidak menolak rezeki sekiranya diberi peluang untuk melebarkan kariernya di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Aug 2022
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Cara Remote PC dari Smartphone Android

mari guna remote dalam android nampak lagi memudahkan

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

Trending Sun, 29 Jul 2018

Tarif Air Selangor Bakal Naik?

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan