Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2023 @ 12:00pm

“Saya Ni Penyanyi, Hiburkan Semua Orang!” – Bengang Jadi Mangsa Fitnah, Siti Nurhaliza Tegur Blogger Minta Jangan Sebar Berita Palsu

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan tindakan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan isu politik terhadap dirinya selepas hadir sebagai penyanyi undangan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Kedah baru-baru ini.

Menurut Siti, 44, dia tidak bertanggungjawab terhadap suntingan maklumat yang ternyata mengelirukan orang ramai, lebih lagi ia menggunakan akaun Facebook rasmi miliknya.

“Siapalah yang pandai-pandai edit fake news ni, gunakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang bahawa ini adalah posting sebenar.

“Ini FAKE! Cukup-cukuplah semua perkara nak dibuat macam ni. Saya ni penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ni bulan jalinkan silaturrahim, bukan buat sebar berita palsu,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGS), Siti tampil menegur sebuah portal media tempatan dan meminta supaya pihak berkenaan tidak memanjangkan berita palsu berkenaan memandangkan dia sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil atas keprihatinan beliau terhadap isu berita palsu yang dikaitkan dengannya apabila mengulang siar hantaran yang dibuat sebelum ini menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

“Terima kasih di atas keprihatinan YB (Yang Berhormat) terhadap isu berita palsu, buli siber dan sebagainya. Hal ini sudah sering terjadi bukan saja kepada saya sebagai individu tetapi juga banyak pihak lain.

“Kesedaran masyarakat harus dibendung mengenai berita-berita palsu yang keluar di media sosial.

“Jadilah pengguna yang berhemah, matang menilai dan tidak menggunakan akal, jari, ilmu yang Allah pinjamkan kepada perkara yang tidak berfaedah,” jelasnya.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Siti terpalit dengan isu fitnah yang melibatkan dirinya apabila sebelum ini nama dan fotonya pernah disalah guna untuk mempromosikan produk dan membuat pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Fri, 29 Dec 2017

BEST SANGATKAH SAMPAI CECAH 1.2 JUTA VIEWERS? – HAQIEM RUSLI

Muzik ala-ala Justin Bieber ini turut mendapat pujian rata-rata peminatnya dan sudah tentu mereka yang baru sahaja mendengar lagu ini

Hiburan Fri, 18 May 2018

Tolong ‘Tutup’ Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

Fikry Ibrahim dilihat prihatin tentang aurat wanita, ada sesiapa ke yang dituju?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Trending Sat, 14 Jul 2018

Minta Wartawan Rujuk Twitter, Syed Saddiq Ditempelak Netizen

Keengganan Syed Saddiq menjawab pertanyaan media dalam satu video tular itu, mengundang kecaman netizen.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Featured Thu, 28 Jul 2022
Trending Thu, 21 Apr 2022