Selamat Pengantin Baru Dynas!

Alhamdulillah…Dynas Mokhtar sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di kediaman keluarga aktres itu di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

Menurut laporan BH Online, Dynas bersyukur jodohnya dengan Syazrik kuat.

“Akhirnya, jodoh kuat menyatukan kami. Dalam teruja, gementar pun datang sekali.  Jadi bercampur baur. Paling utama kebahagiaan saya ini direstui dua anak.

“Alhamdulillah… Semoga kehidupan mendatang dapat kami layari sebaik mungkin,” katanya.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

Dynas dan Syazrik bertunang pada 26 Oktober lalu

Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun

Dynas dijangka bertemu media petang ini bagi menceritakan butiran dan pengalaman majlis pernikahan.

SGMS Faida