Vokalis utama kumpulan Dewa19 ini telah dibebaskan semalam dari Pusat Tahanan Cipinang, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9.35 waktu Jakarta Barat.

Kelihatan diperkarangan penjara ialah isteri beliau, Mulan Jameela dan ketiga-tiga anak lelakinya iaitu, Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Abdul Qodir Jeelani. 

Mulan juga kelihatan memuat naik posting di instagram miliknya dan bersyukur bahawa sang suami telahpun dibebaskan. Rata-rata followers beliau juga meninggalkan komen positif berkenaan pembebasan Ahmad Dhani. 

 

Menurut laporan Liputan6, pembebasan anggota kumpulan popular Indonesia ini turut disambut baik oleh keluarga dan dihadiri oleh Persatuan Pembela Islam Indonesia yang lengkap berpakaian hitam dan berkopiah.

Malah, berita gembira itu diraikan oleh peminat-peminat beliau yang turut sama hadir dan berselawat sebaik sahaja Ahmad Dhani keluar dari perkarangan penjara. Bukan itu sahaja, alunan selawat turut mengiringi perjalanan penyanyi tersebut.

Terdahulu, Ahmad Dhani ditahan di Cipinang Penitentiary, Jakarta Timur, Indonesia kerana mengeluarkan kata-kata kebencian pada awal tahun lalu.

Salma Syahbuddin