Categories: SelebritiTrending

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tampil Single Raya Terbaharu, Lip Lap Raya

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, tampil dengan sebuah single raya terbaharu berjudul Lip Lap Raya, sempena dengan sambutan lebaran tahun ini.

Lagu dan lirik tersebut adalah ciptaan bersama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.

Menurut Glow Rush, keistimewaan pada lagu Lip Lap Raya ini menggabungkan elemen tradisional dan moden seperti penggunaan dram elektronik, synth serta vokal Siti yang menjadi kekuatan lagu tersebut.

Selain itu, lagu yang berentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat ini berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.

Siti turut menjelaskan bahawa lagu Lip Lap Raya ini merupakan sebuah lagu yang dapat menarik minat pendengar walaupun baru pertama kali mendengarnya.

Menurut Siti, sebuah lagu baru akan mengambil masa untuk diterima atau digemari tetapi muzik
yang ditampilkan menerusi lagu ini akan dapat melekat di hati pendengar.

Kali terakhir beliau muncul dengan single raya pada tahun 2016 menerusi lagu Hari Kemenangan.

Ikon penyanyi tanah air itu turut meluahkan rasa gembira kerana dapat menambah koleksi lagu raya nyanyiannya.

“Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya. Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya evergreen pada satu hari nanti,” katanya.

Walaubagaimanapun, pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan Universal Music Malaysia, yakin dengan penerimaan peminat muzik tanah air terhadap karya terbaharu Siti Nurhaliza ini.

Video muzik rasmi Lip Lap Raya arahan Aaron Lee boleh ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula 20 April 2020, jam 9 malam.

Lagu ini juga sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, JOOX, KKBox dan Deezer bermula 20 April 2022.

Fatin Nurain