Categories: SelebritiTrending

Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Industri hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita yang memaklumkan penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Malah, memetik laporan mStar, Adira telah memfailkan cerai buat kali kedua terhadap suaminya itu atas sebab sudah tiada persefahaman pada 25 Oktober lalu.

Walaubagaimanapun, Datuk Red yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Akmal Amzan tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat isteri keduanya dan ingin mempertahankan rumah tangga mereka

“Punca penceraian tidak boleh nak beri lebih mendalam Cuma saya boleh katakan tiada persefahaman di antara mereka.

“Pada sebutan pertama pada 14 November lalu, Adnan memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju terhadap permohonan cerai dibuat Adira,” ujar Muhammad Akmal.

Muhammad Akmal memaklumkan perkara tersebut kepada wartawan mStar ketika ditemui selepas sebutan kedua kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada pagi Isnin.

Pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk melantik wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diarahkan sebelum ini.

Adira melantik kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakilnya namun Datuk Red gagal membawa wakil bagi proses JKP.

Oleh itu, Muhammad Akmal menjelaskan punca Datuk Red gagal membawa wakil calon kerana calon tersebut mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Wakil sudah ada Cuma kami baru dimaklumkan pagi tadi dia tidak dapat hadir sebab ada urusan yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Hadi Omar menangguhkan sebutan kes tersebut pada 18 Disember ini.

Namun begitu, Datuk Red enggan memberi sebarang kenyataan mengenai penceraiannya dengan isteri keduanya itu manakala Adira turut mengunci mulut dan akan memberi kenyataan apabila sudah bersedia.

Untuk makluman, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di mahkamah sama pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan bagi memberi peluang kedua.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun 4, dan Ayob, 1.

Manakala menerusi perkahwinan pertama Datuk Red dan Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka mempunyai lima orang anak.

Bukan itu sahaja, Datuk Red juga pernah berkahwin pada umur 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun berumah tangga dan dikurniakan dua orang anak menerusi perkahwinan itu.

Sumber: mStar

Atiqah Johari