Selebriti By: Atiqah Johari November 22, 2023 @ 9:23pm

Harap Jumpa Jalan Penyelesaian, Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Rusdi, Sharon Paul Goyah

Sebelum ini, tular berita yang mendakwa bahawa rumah tangga pelakon dan pengarah Rusdi Ramli dan komposer Sharon Paul dalam keadaan goyah.

Artikel Berkaitan: Nafi Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Sharon Paul Hanya Menanti ‘Greenlight’ Rusdi Ramli Untuk Berpisah?

Norlia yang juga ibu kepada Rusdi mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai rumah tangga anak dan menantu yang kini dikatakan dalam masalah.

“Saya terkejut bila dapat tahu masalah rumah tangga Rusdi dan Sharon dari akaun TikTok kerana dia (Rusdi) tidak pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan saya dari dulu,

“Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau.

“Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada ‘job’ sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga,” ujarnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon veteran ini berharap pasangan tersebut dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

“Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya.

“Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan. Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja,” katanya.

Norlia juga sempat berpesan kepada mereka untuk berfikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa serta perlu putuskan untuk tinggal dengan emak atau bapa?

“Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirlah keutamaan anak-anak dulu dan letak mereka nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain,” titipnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Trending Sat, 14 Nov 2020
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022