Categories: SelebritiTrending

Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Suami, Pelakon Veteran Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-Paru

Industri hiburan menerima perkhabaran duka mengenai pelakon veteran Mek Habsah telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.45 pagi Isnin di Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.

Memetik laporan mStar, berita tersebut dikongsikan oleh cucu Allahyarham, Huraimi Hilman, 26, memberitahu bahawa pelakon tersebut telah menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak 12 Julai lalu.

“Arwah nenek dah menerima rawatan sejak dua bulan lalu dan sudah lama bergantung kepada tabung oksigen.

“Keadaan paru-parunya semakin lemaj sebelum disahkan meninggal dunia,” jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Huraimi memaklumkan bahawa Allahyarham telah lama tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan dan banyak melakukan aktiviti keagamaan.

“Nenek dah lama tidak berlakon sejak kematian ibu saudara saya. Dia banyak terlibat dengan kerja-kerja keagamaan.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi suami,” kongsinya lagi.

Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 67 tahun.

Untuk makluman, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Sumber: mStar

Atiqah Johari