Selebriti By: Atiqah Johari August 28, 2023 @ 9:59pm

Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Baru-baru ini, pelakon cantik Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan bahawa bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih bercakap buruk tentangnya di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Terbaru, seorang individu meninggalkan luahan panjang di ruangan komen sebuah hantaran Puteri Sarah mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Kata individu itu, dia seronok mendengar cerita bekas kakak ipar Ira Kazar berkenaan poligami namun mempersoalkan pula bagaimana mereka sekeluarga mengatasi kes yang dialami Ira Kazar dan Puteri Sarah.

“Seronok dengan akak ipar Ira Kaza cerita pasal poligami, kesakitan keperitan. Tapi bila kes adik ipar sendiri macam mana family mereka atasi? Pengarah terkenal (Syamsul) tersebut ada hormat Sarah sampai kahwin dekat Siam?

“Then how can Sarah redha padahal adik iparnya provoke Sarah walhal belum jadi madu dan isteri kepada pengarah tersebut. Air mata? Pernah tak whole families fikir air mata Sarah di mana bila dapat tahu your sister in law kahwin dengan pengarah tersebut secara diam,” tulisnya.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyatakan bahawa tindakan Abang Tesla lebih baik berbanding Syamsul dalam poligami.

“Tak perlu cakap pasal poligami orang lain, check poligami orang terdekat kita dulu. Tesla jauh lebih baik dalam poligami berbanding Pengarah tersebut. Pengarah tersebut kahwin di Siam tapi Tesla kahwin atas keizinan isteri.

“LEPAS JE Sarah post nak saman, BELAH SANA terus upload gambar dengan suami seolah nak bagitau dia bahagia dengan suami tapi Sarah masih menyalak nak saman-saman,” luahnya.

Bukan itu sahaja, individu itu turut menasihati Sarah untuk menyekat seluruh keluarga tersebut di media sosial dan terus fokus kepada diri sendiri dan anak-anak.

“Lepas ni kak, apa pun dorang tulis or cakap pasal kau BLOCK saja. Any komen TOXIC BLOCK saja. No need to saman sebab tu cerita lama. Let them be. You fokus diri you and your kids. INILAH HIKMAH penceraian kau, seluruh family mereka sangat la TOXIC,” tulisnya lagi.

Tidak cepat melatah, Puteri Sarah dilihat membalas komen individu itu.

“Takpe, kita saman 5 juta ke 10 juta ke lepastu dia yang akan block kita,” tulisnya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweet, Bersemut! Ira Kazar Kongsi Sedang Bahagia Dengan Syamsul Yusof – “Love You Shuben”

Artikel Berkaitan: Ditanya Mengenai Surah Amalan, Jawapan Spontan Ira Kazar Buat Netizen Terkejut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Yakin Bantuan Altimet, ArYanti Harap Tuah ‘Nak Apa Lagi’ Menjadi!

Wanita berusia 36 tahun ini berharap percubaan kali keduanya ini bakal membuahkan hasil, good luck ArYanti!

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

Trending Sun, 2 Dec 2018

Bantuan Sekolah 50,000 Ringankan Beban Penduduk Lembah Pantai

Sumbangan itu dapat memberikan kelegaan dan meringankan beban kepada sebilangan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Trending Tue, 22 Sep 2020

KKM Buat Ujian Kemurungan, Nilai Tahap Stress Frontliners

Semoga frontliners kita baik-baik sahaja

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

familuv Thu, 29 Dec 2022
Trending Fri, 6 Mar 2020
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19