Categories: SelebritiTrending

“It’s Rare To See Children Act Like Children” – Puteri Balqis Gembira Lihat Lara Alana Jalani Kehidupan Sebagai Kanak-Kanak

Pelakon remaja, Puteri Balqis menzahirkan rasa gembira apabila melihat anak kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lara Alana menikmati kehidupan kanak-kanaknya.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish mengakui menitiskan air mata apabila melihat gelagat Lara yang sedang menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak.

Tambahnya, pada zaman kini, jarang untuk melihat kanak-kanak menjalani kehidupan seperti sepatutnya.

“I was browsing through Lara Alana’s account and left her account with tears. An introverted child with the attitude of royalty.

“It’s rare to see children act like children nowadays. Not one of her videos made me feel annoyed or cringy. I felt happy to see her smudge makeup on her face, wear dresses that makes her feel like a princess,” katanya.

Dalam masa sama, Aqish menyatakan jiwanya terubat dengan melihat Lara menjalani kehidupan kanak-kanaknya gembira.

“It fills a piece of my soul with happiness to see you live your childhood happily, normally.

“Life is cruel to some of us. I wish no one will break your heart,” tulisnya lagi.

Atiqah Johari