Categories: SelebritiTrending

Kongsi Video Punca Perpisahan, Diana Danielle Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Goyah Sebab Tiada Rasa Hormat?

Pelakon jelita, Diana Danielle berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang individu memberi pandangan mengenai penceraian atau perpisahan.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), individu itu menyatakan bahawa punca penceraian yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan adalah hilang rasa hormat antara satu sama lain berdasarkan sebuah kajian.

Malah, rasa hormat itu hilang adalah disebabkan pasangan tersebut tidak mempunyai nilai yang sama dari segi pemikiran, perasaan dan tindakan.

“The reason why people split up is because they lost respect for one another.

“The reason why we lose respect for someone is because we don’t share the same values,” kata individu itu.

Susulan perkongsian itu, Diana seperti memberi bayangan bahawa rumah tangganya tidak dapat diselamatkan lagi disebabkan itu.

Terdahulu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan pada 10 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Beri ‘Hint’ Tawar Hati, Individu Dakwa Rumah Tangga Diana Danielle Terkena Sumpahan ‘TALAK’?

Artikel Berkaitan: “I Rejected The Rings Thru My Lawyer” – Anak Jadi ‘Orang Tengah’, Diana Danielle Sangkal Terima 8 Barang Kemas

Artikel Berkaitan: Ciapan Curi Perhatian, Diana Danielle Beri Bayangan Tak Kembali Ke Pangkuan Farid Kamil?

Artikel Berkaitan: Kongsi 9 Cara Mohon Maaf Dengan Betul, Muat Naik Diana Danielle Raih Perhatian – “Berhenti Beri Peluang Pada…”

Atiqah Johari