Selebriti By: Atiqah Johari March 14, 2024 @ 1:39pm

Lerai Spekulasi Mawar Rashid Kahwin Semula, Rupanya Ibu Selamat Nikah Dengan Pengiran Brunei – “Dari Kenalan Lama Bertemu Jodoh”

Pelakon Mawar Rashid berkongsi bahawa ibunya, Yang Mulia Datin Marineei Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya, Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Mawar menerusi hantaran foto sekitar majlis pernikahan ibunya di Instagram.

Namun begitu, Mawar meluahkan rasa sayu apabila ibunya kini akan menetap di Brunei.

Malah, dia juga tidak menyangka akan menerima kehadiran seorang ayah.

Selain itu, Mawar turut berkongsi detik perkenalan ibunya dan suami secara ringkas.

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.

“Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu message ‘lama tak jumpa’ dari posting Prince Mateen kahwin dan babah in that video :).

“Its hard to accept yang mumy akan tinggal di Brunei but you deserve a happy life for the rest of your life. To my new family in Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Perkongsian tersebut sekaligus menjawab tanda tanya sebelum ini yang mendakwa Mawar kembali berumah tangga selepas bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob pada November tahun lalu.

Untuk info, bapa kandung Mawar ialah Datuk Wan Abdul Rashid.

Bapa kandungnya telah kembali kerahmatullah pada tahun 2007 ketika dirinya berusia lima tahun.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Berinai… Didakwa Sudah Kembali Berumah Tangga, Mawar Rashid Enggan Ulas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Seperti Gelas Kosong” – Kini Lebih Bahagia, Mawar Rashid Buka Lembaran Baharu Selepas Bercerai

Artikel Berkaitan: Selepas Buka Tudung & Umum Bercerai… Mawar Rashid Akan Kembali Berlakon, Masuk Studio Rakaman Bakal Jadi Penyanyi?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Selebriti Sat, 13 Jan 2024

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang) – Azrul Zaidi

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Hafreez Adam Nak Belanja ‘Datin’ Makan Char Kuey Teow?

Datin mana yang beruntung sangat tu??

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini. Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem […]

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda