Categories: SelebritiTrending

“Puas Hati Dengar Dia Jerit” – Emosi Tonton Drama ‘Perempuan Itu’, Anak Kak KM Buat Netizen Terhibur

Sedang ditayangkan drama berjudul Perempuan Itu di kaca televisyen yang mendapat perhatian ramai apabila jalan cerita drama tersebut berkisarkan kecurangan dalam rumah tangga.

Susulan itu, pengasas produk kosmetik, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM berkongsi sebuah video yang memaparkan anak ketiganya iaitu Rania menjadi emosi ketika menonton drama itu.

“Siapa macam Rania??? Emo bila layan Perempuan Itu,” tulis Kak KM.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah gaya bercakap Rania yang menyerupai Kak KM buat ramai terhibur.

“Betoi anak mak, cakap macam mak dia sebiji. Rancak anak beranak ni.

“Sebiji mak dia hahahahaha.

“Cara dia bercakap tu sebiji dengan Kak KM,” komen warganet.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui bahawa turut beremosi seperti Rania ketika menonton drama Perempuan Itu.

“Puas hati aku dengar Rania menjerit.

“Kita geng. Aku tak boleh la emosi betul cerita ni.

“Hahahaha nampak betul-betul marah tu mesti tengok dari awal,” kata warganet.

Untuk makluman, drama Perempuan Itu diterajui oleh Mimi Lana, Zul Arifin, Siti Hariesa, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Drama ini telah memulakan tayangan pada 1 Jun lalu dan mempunyai 30 episod

Atiqah Johari