Categories: SelebritiTrending

“Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Pada ketika ini, masih hangat diperkatakan mengenai berita perkahwinan kedua pempengaruh dan usahawan, Alif Teega yang tular di media sosial.

Malah, pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan tampil menafikan ke semuanya serta memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

Susulan itu, adik kepada Aisyah Hijanah yang dikenali sebagai Amirul pula tampil memuat naik sebuah hantaran membidas kenyataan Alif.

Katanya, Alif perlu bertindak bijak dalam menangani isu ini dan memintanya untuk bersemuka dengan ibu dan keluarganya bagi berbincang secara profesional.

“Thank you for those yang ss (screenshot) for me the statement from him.

“Macam ni laaa yaaa nak ugut for saman? Is it saman malu??? Baru tahu erti malu ke? lol.

“When you are ready to post something to social media… you also must readily accept the risks and consequences!

“Please be wise in this issue! Why not you come here and discuss professionally with us! Jumpa umi/family Aisyah here dekat rumah f2f (face-to-face)!

“Or dah ada family baru for your new responsibility??? Ciaoo see you soon,” balas Amirul.

Terdahulu, Alif mengejutkan warganet apabila memaklumkan telah berkahwin kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah Ramli yang juga merupakan staf di syarikatnya pada 21 November lalu.

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Artikel Berkaitan: Sifatkan Alif Teega Lelaki Idaman, Fatin Umaidah Bangga Rampas Suami Orang Selepas 2 Tahun Mencuba? – “The Man I Prayed For”

Atiqah Johari