Selebriti By: Atiqah Johari March 14, 2024 @ 11:13am

Sebak! Puteri Sarah Kongsi Coretan Buat Bella Astillah – “Lepaskan Yang Telah Menyakitimu, Setiap Sabar Ada Hal Indah Menantimu”

Umum mengetahui pelakon Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menitip semangat dan menulis coretan panjang buat Bella.

Menerusi coretan Sarah, dia menyatakan dia memahami situasi yang sedang dihadapi Bella berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

“Lepaskan. Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu. Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni – takut akan segalanya.

“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil,” katanya.

Malah, Sarah menyatakan setiap kepahitan yang dilalui pasti akan peroleh keindahan kerana telah banyak bersabar dengan pelbagai ujian.

“Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin-Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu. Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu. 🤍🤍🤍 PSL,” tulisnya.

Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Artikel Berkaitan: Individu Wanita Pertikai Tindakan Puteri Sarah Jadi ‘Tempat’ Mengadu Bella Astillah,  Patimah Ismail Tampil Back Up – “So What?”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

KHAI BAHAR PUAS JADI ‘VAMPIRE’ ?

Jelasnya, membawa lagu “Bayang” ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Patrick Anohada amat berat bukan kerana stress atau susah tetapi untuk menjiwai lagu tersebut mengikut konsep ala ala vampire yang dipersembahkannya.

Featured Sun, 6 Feb 2022

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

Ya Allah, semoga Malaysia baik-baik sahaja♡

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Featured Wed, 10 Jan 2024
Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Mon, 8 May 2023

Beli Rumah Jutaan Ringgit, Nabila Razali Akui Tahan Nafsu Berbelanja

Tahniah Bella! Cantik bethul rumah💖💖💖

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Thu, 4 Apr 2024