Categories: SelebritiTrending

Subang Bentuk X Jadi Perhatian, Scha Alyahya Jawab Dakwaan Netizen – “Bukan Salib Tapi Logo Off White”

Baru-baru ini, pelakon, model dan pengacara cantik Scha Alyahya mendapat teguran daripada warganet apabila ada yang mempersoalkan bentuk anting-anting yang dipakainya ketika menghadiri sebuah acara.

Menerusi video temu bual sebuah portal hiburan, ramai warganet yang beranggapan anting-anting yang dipakai pelakon itu adalah berbentuk salib dan disebabkan itu ramai yang kurang senang melihatnya.

Susulan itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya tampil memperjelaskan dakwaan warganet tersebut.

Katanya, anting-anting itu bukanlah berbentuk salib sebaliknya logo daripada sebuah jenama antarabangsa.

“Bukan salib tapi ✖️ logo Off White. Sekian 🫶,” jawab Scha ringkas.

Dalam pada itu, sebagai selebriti yang sering bekerjasama dengan jenama besar antarabangsa, Scha akui untuk tidak gentar bersuara mengenai konflik Palestin-Israel di media sosialnya.

Artikel Berkaitan: Lantang Bersuara Isu Palestin, Scha Alyahya Tak Takut ‘Dibuang’ Jenama Besar -“Percaya Allah Yang Bagi Rezeki”

Atiqah Johari