Categories: SelebritiTrending

Terkejut Lihat Fesyen Elvina Mohamad, Netizen Komen: “Macam Menghina Orang Bertudung Pulak”

Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad jadi perhatian warganet apabila mengenakan busana dress labuh berwarna biru gelap ketika menghadiri sebuah acara fesyen.

Menerusi perkongsian fotonya di Instagram, rata-rata warganet menganggap fesyen yang dipakai Elvina tidak bersesuaian apabila dia memakai dress yang terdedah di bahagian dada namun meletakkan skaf di atas kepala seakan bertudung.

Susulan itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen teguran dan kritikan daripada warganet dan peminatnya.

Malah, ada segelintir warganet turut menganggap perbuatan Elvina itu seperti mempersendakan agama atau wanita yang berhijab.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa jam hantaran itu dibuat Elvina telah menutup ruangan komennya.

Artikel Berkaitan: Dedah Turut Disekat Nad Zainal, Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Iqbal – “Diam Je Boleh Tak?!”

Artikel Berkaitan: Hot Betul! Menghitung Hari Nak Bersalin, Kongsi Momen Photoshoot… Elvina Mohamad Buat Para Ibu Jealous

Artikel Berkaitan: Elvina Mohamad Luah Rasa Meluat Dengan Kenyataan PU Syed – “Kalau Para-Para Ustaz Buat Hal…”

Atiqah Johari