Categories: SelebritiTrending

Tular Dakwaan Shakilla Khoriri Bercinta Dengan Suami Orang, Nama Idzham Ismail Pula Dipetik? Ini Respons Tuan Badan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kontroversi yang mendakwa pelakon, Shakilla Khoriri menjalin hubungan sulit dengan seorang jejaka berstatus suami orang.

Bukan itu sahaja, tular juga beberapa keping foto mesra Shakilla dan lelaki itu namun wajah individu itu dikaburkan.

Susulan itu, nama pelakon Idzham Ismail pula terpalit dengan gosip itu di mana ada yang mendakwanya berhubungan dengan pelakon wanita itu.

Tidak berdiam diri, Idzham tampil memberi penjelasan dan memperbetulkan keadaan.

Menerusi hantarannya di Instagram, Idzham menyatakan bahawa namanya dikaitkan dengan gosip tersebut dan orang ramai bertanyakan soalan itu kepadanya.

Jelasnya, video atau gambar yang tular di media sosial itu adalah bukan dirinya sama sekali.

Walaubagaimanapun, Idzham tidak menafikan bahawa sosok tubuh badan dan bentuk muka individu itu miripnya sehingga ramai yang menyangka dirinya.

“Assalamualaikum, saya nak clearkan perkara ni tau, pertama kali saya dikaitkan saya just abaikan tapi dah beberapa kali saya ditanya soalan tu diluar. Saya rasa saya kena perbetulkan keadaan ni.

“Dalam video tu bukan saya. Muka dia blur, maybe ada persamaan tinggi dan badan berbentuk sama dan bentuk muka sama sikit tapi bukan saya.

“Ada beberapa video terbaru nama saya masih terpalit, saya tak marah pun tau cuma nak clear things je,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Atiqah Johari