Selebriti By: Atiqah Johari December 30, 2023 @ 7:41pm

Video Lama Sebalik Tabir Kembali Tular, Netizen Label Aliff Aziz ‘Over’! Kait Semula Konflik Dengan Sophia Albarakbah

Sejak dua hari lalu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sedang menjayakan babak ‘sweet’ bagi sebuah drama.

Menerusi perkongsian akaun @videoartistmalaysia, video tersebut memaparkan di sebalik tabir dua pelakon itu dalam drama popular yang berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Namun, di ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh reaksi warganet yang rata-ratanya kurang senang melihat kemesraan mereka walaupun sekadar lakonan.

Malah, ada segelintir warganet menganggap Aliff berlebihan kerana menyentuh dan memegang Sophia tanpa lepas.

Bukan itu sahaja, warganet juga menzahirkan rasa kasihan kepada isterinya, Bella Astillah dan mengaitkan semula konflik yang pernah berlaku antara mereka dan Sophia.

Susulan itu, warganet berpendapat bahawa Sophia tidak bersalah dan kelihatan profesional menerusi video tersebut sebaliknya meminta Bella untuk menegur tingkah laku suaminya sendiri.

“Tak lepas Aliff pegang tangan Sophia. Dia nampak lagi feeling kat sini. Last last Sophia yang bersalah.

“Patutlah Bella marah sangat oiii bahaya betul kalau cam ni.

“Sebelum marah Sophia… patut marah laki sendiri dulu.

“Tengok la hand replacement Aliff, amboi kemain dia,” komen warganet.

Aliff Aziz

Terdahulu, kecoh apabila Bella mendakwa bahawa Sophia mengganggu rumah tangganya dengan sering menghubungi suaminya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Matang & Tak Move On Isu ‘Penyondol’, Bella Astillah Nafi ‘Insecure’ 

Artikel Berkaitan: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semua Orang Bersikap Profesional” – Masih Jalani Penggambaran Dengan Aliff Aziz, Fokus Sophia Albarakbah Tak Terganggu

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Trending Tue, 26 Apr 2022
Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Trending Thu, 25 Mar 2021

Tiada Permit Umrah Buat Jemaah Berusia 70 Tahun

Rasanya ni kat negara Arab Saudi je kan…

Hiburan Mon, 11 Mar 2019